Thursday, December 24, 2009

LAWATAN KE KUALA GANDAH, LANCHANG

14 Disember 2009, melawat ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

Lokasi ke Pusat Pemuliharaan Kuala Gandah


Banyak Aktiviti menarik.
Kalau bercadang hendak melawat pastikan anda berapa di Pusat ini sebelum jam 12.00 tgh untuk mendaftar dan mendapatkan tiket untuk aktiviti yang disediakan. Cuma 120 orang sahaja ditetapkan sehari untuk mengikuti aktiviti tungang gajah dan mandi bersama gajah. Digalakkan bawa bekalan makanan sendiri kerana tempat ini kurang tempat makan. Ada beberapa kedai lebih kurang 200 meter daripada pusat dan sebuah koperasi di dalan pusat.
4 aktiviti disediakan oleh pihak Pusat iaitu
1.00 tgh Tayangan video
2.00 ptg Memberi makan gajah, Menunggang gajah ( 120 orang sahaja ), Mandi bersama gajah ( 120 orang sahaja )
Aktiviti bagi makan gajah.
Menunggang gajah dan mandi bersama gajah. (bawa baju mandi sendiri)
Lepas tu boleh pergi ke DEERLAND. Nak masuk kena bayar RM5.00 seorang. ( warganegara Malaysia ).
Nampak macam mahal kerana tempat kecil sahaja tetapi puas hati rupanya. Disini juga banyak aktiviti seperti bagi makan Rusa, pegang Ular Sawa dan bagi makan Beruang. Lain-lain ada la sikit binatang-binatang lain.